Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAUT AKIBAT BEREBUT SEBUAH KIPAS

DALAM NEGARA

MAUT AKIBAT BEREBUT SEBUAH KIPAS

SERDANG: Seorang warga asing maut ditikam bertubi-tubi oleh rakan serumahnya di Bandar Putera Permai, Seri Kembangan, kira kira jam 10 malam tadi.

Kejadian tersebut berlaku akibat pertelingkahan kecil kerana berebut sebuah kipas antara mangsa dan rakan serumahnya.

Ketika pertelingkahan kecil bertukar tegang, mangsa cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya kerana telah ditikam dari belakang oleh suspek dipercayai menggunakan sebilah pisau.

Mangsa maut di tempat kejadian dan suspek dilapor melarikan diri.

Pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk kes pembunuhan itu dijumpai polis kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Mangsa dilapor tinggal di rumah itu bersama isteri dan dua anaknya.

Isteri dan ahli keluarga mangsa telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk diambil keterangan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading