Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIDAKWA BUNUH ABANG SENDIRI

DALAM NEGARA

LELAKI DIDAKWA BUNUH ABANG SENDIRI

Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, didakwa membunuh Mohamad Khairul Ridzuan Mohd Taib, 46, di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan dekat sini antara 2.25 pagi hingga 2.39 pagi, 25 Sept lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

MANJUNG: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang kandungnya, minggu lepas.

Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, didakwa membunuh Mohamad Khairul Ridzuan Mohd Taib, 46, di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan dekat sini antara 2.25 pagi hingga 2.39 pagi, 25 Sept lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh bagi pemeriksaan psikiatri serta menetapkan 30 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen berkaitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading