DALAM NEGARA
LELAKI DIDENDA RM10,000 SEBAR GAMBAR LUCAH DI TELEGRAM
Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi imej lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lepas, seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi imej lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lepas, seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA KANGSAR: Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi imej lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lepas, seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Asyraf Ahmad Suhaimi , 28, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan tersebut terhadap seorang individu dengan niat menyakiti hati orang lain.
Mahkamah memerintahkan OKS dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda.
Komunikasi itu dibaca di sebuah rumah di Persiaran Putri 3/16, Taman Chandan Putri 3, di sini pada 10 pagi, 9 Jan 2020.
Bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pengadu membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas berasa sakit hati kerana komunikasi yang dihantar OKS menunjukkan gambarnya dalam keadaan mengaibkan.
Bertindak daripada aduan tersebut, sepasukan anggota polis dan pegawai MCMC membuat serbuan di sebuah rumah di Taiping serta merampas barangan antaranya telefon bimbit dan unit kad sim dan menemukan komunikasi lucah berkenaan hasil analisis forensik.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC Siti Hajar Sulaiman manakala OKS tidak diwakili peguam.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang lelaki didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan jelik melampau serta menghina...
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Muhammad Loqman Afandy meninggal dunia ketika mendapatkan...
Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menjadi antara negara terawal di dunia yang berjaya mengagihkan Kad...
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengemukakan kertas cadangan bagi menaikkan elaun Guru Kelas Al-Quran dan...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Datuk Seri Aminuddin Harun akan menjalankan tugas seperti...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.