Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI LOMPAT DARI LORI SEBELUM LANGGAR TEMBOK

DALAM NEGARA

LELAKI LOMPAT DARI LORI SEBELUM LANGGAR TEMBOK

Pemandu lori cuba untuk mengawal kenderaan dengan meluruskan stereng ke arah tembok konkrit untuk memberhentikan kenderaan dan telah melompat keluar dari lori untuk menyelamatkan diri.

KLANG: Seorang lelaki bertindak melompat keluar dari lori yang dipandunya sebelum berlanggar dengan tembok konkrit jejambat, di kawasan Pelabuhan Klang, di sini, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao Samachulu, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kemalangan melibatkan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Sultan Hishamudin dari arah Tanjung Harapan menuju Pelabuhan Klang.

@beritaalhijrah114

Siasatan mendapati pemandu lori berusia 35 tahun itu hilang kawalan akibat kenderaan tersebut mengalami masalah brek. Kejadian berlaku di Pelabuhan Klang #beritaalhijrah #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #kemalanganjalanraya #lori #portklang #pelabuhanklang

♬ original sound – Berita Alhijrah – Berita AlHijrah

Katanya, siasatan mendapati pemandu lori berusia 35 tahun itu hilang kawalan akibat kenderaan tersebut mengalami masalah brek.

“Pemandu lori cuba untuk mengawal kenderaan dengan meluruskan stereng ke arah tembok konkrit untuk memberhentikan kenderaan dan telah melompat keluar dari lori untuk menyelamatkan diri.

“Pemandu tersebut mengalami kecederaan di kaki, belakang badan serta bengkak lutut kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, ujian awal saringan air kencing terhadap pemandu adalah negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987 dan kenderaan tersebut akan dihantar ke PUSPAKOM bagi pemeriksaan lanjut. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui punca kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading