Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, LORI DIPANDU TERJUNAM DALAM JALAN MENDAP

UTAMA

LELAKI MAUT, LORI DIPANDU TERJUNAM DALAM JALAN MENDAP

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terjunam masuk ke lubang jalan yang mendap di KM73 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Jambatan Bailey, semalam.

KUANTAN: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terjunam masuk ke lubang jalan yang mendap di KM73 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Jambatan Bailey, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kemalangan sekitar 8.55 malam itu mengakibatkan Muhammad Farhan Dagang, 29, yang beralamat di Masai, Johor meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Muhammad Farhan yang memandu lori dari arah Segamat menghala Pekan dipercayai telah hilang kawalan dan terlanggar penghadang plastik sebelum termasuk ke dalam jalan mendap itu.

“Mangsa juga dipercayai tidak perasan kawasan itu mempunyai lencongan jambatan sementara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, jambatan itu dipasang bagi menghubungkan jalan yang terputus akibat mendapan tanah susulan banjir.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading