Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI MAUT TERSEPIT, KANCIL TERBABAS DALAM PARIT

UTAMA

LELAKI MAUT TERSEPIT, KANCIL TERBABAS DALAM PARIT

Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam sebuah kereta yang dipandunya selepas terbabas ke dalam parit di Jalan Utama Dato Seri Kamarudin, di sini pagi tadi.

MANJUNG: Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam sebuah kereta yang dipandunya selepas terbabas ke dalam parit di Jalan Utama Dato Seri Kamarudin, di sini pagi tadi.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Adde Noor Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati nahas melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil yang terbabas masuk ke dalam parit sedalam 7 meter.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk membawa keluar mangsa berusia 38 tahun itu yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada jam 10.12 pagi,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading