Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI OKU JADI MANGSA LIWAT DALAM KEBUN SAYUR

DALAM NEGARA

LELAKI OKU JADI MANGSA LIWAT DALAM KEBUN SAYUR

Seorang lelaki kurang upaya (OKU) menjadi mangsa liwat dalam kejadian di kebun sayur di kawasan sekitar Batu Gajah, pada Sabtu lalu.

BATU GAJAH: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) menjadi mangsa liwat dalam kejadian di kebun sayur di kawasan sekitar Batu Gajah, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa berusia 28 tahun yang mengalami lemah intelektual dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii dalam sebuah pondok di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

Suspek yang merupakan kenalan mangsa difahamkan telah menawarkan dirinya untuk menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum membawanya ke tempat kejadian.

“Polis menerima laporan kejadian itu jam 4.32 petang pada Ahad.

“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah berjaya melakukan penangkapan terhadap suspek semalam (Isnin) untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 11.30 pagi selain turut merampas sebuah kereta dan telefon bimbit.

Menurutnya, suspek berusia 36 tahun dan tidak bekerja telah direman selama lima hari sehingga 6 Mei bagi siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis atau pegawai penyiasat, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-3976564 untuk membantu siasatan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading