Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LETUSAN WHITE ISLAND: ENAM MAYAT DIBAWA KELUAR

DALAM NEGARA

LETUSAN WHITE ISLAND: ENAM MAYAT DIBAWA KELUAR

WELLINGTON: Enam mayat yang terkorban akibat letusan gunung berapi di White Island, New Zealand Isnin lalu berjaya dibawa keluar, namun dua lagi masih hilang.

Menurut Pesuruhjaya Polis, Mike Bush, operasi membawa keluar mayat berjaya seperti dirancang.

“Bagaimanapun, ia belum berakhir. Kami percaya sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka berada di dalam air dan seorang lagi masih tidak pasti,” katanya.

Polis akan meneruskan usaha pencarian udara di pulau berkenaan tengah hari ini.

Kolonel Angkatan Pertahanan New Zealand, Rian McKinstry memberitahu, sepasukan enam lelaki dan dua wanita menghabiskan masa selama empat jam di pulau itu.

“Kita tidak boleh mengabaikan risiko yang ada dalam operasi itu,” katanya.

Difahamkan, enam mayat terbabit akan diterbangkan ke Auckland untuk dikenal pasti secara rasmi.

Sementara itu, lapan lagi pelancong yang dilaporkan hilang turut dianggap terbunuh.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, seramai 17 mangsa masih menerima rawatan di empat hospital di seluruh negara. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading