KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menyertai Program Khas Pengakuan
Sukarela (PKPS) tidak akan diaudit dan disiasat lagi oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN).
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, malah
pihaknya menerima pengakuan berkenaan secara ‘suci hati’ dengan
mengambil kira kesungguhan mereka yang menyertai program berkenaan.
“Sekiranya pengakuan mereka secara sukarela itu diterima oleh LHDN, maka pada masa akan datang tempoh yang dilaporkan itu tidak akan disemak lagi,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program Asprisasi LHDN di Hotel Majestic di sini semalam.
Dalam pada itu, Sabin menyeru orang ramai yang belum berbuat demikian supaya mengambil peluang berkenaan.
“Kepada mereka yang layak dikenakan cukai di negara ini, datang dengan sukarela untuk buat pelaporan dan membayar cukai kepada kerajaan, kerana sumbangan anda sangat dihargai.
“Bukan sahaja oleh LHDN malah kutipan itu nanti kerajaan akan salurkan kembali untuk tujuan program pembangunan dan menyediakan prasarana dan juga untuk infrastruktur rakyat,” kata beliau.
PKPS yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui pembentangan Belanjawan 2019 merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan dan seterusnya berupaya mengurangkan ketirisan hasil negara.
Sementara itu, tempoh fasa pertama PKPS
dengan kadar penalti 10 peratus daripada jumlah cukai yang dikenakan,
akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2019.
Fasa kedua PKPS dengan kadar penalti 15 peratus daripada jumlah cukai
dikenakan pula akan bermula pada 1 Julai 2019 dan tamat pada 30
September 2019.
Dalam pada itu mulai 1 Oktober 2019, kadar
penalti sebanyak 45 peratus ke atas akan dikenakan bagi mana-mana
kesalahan tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) serta
bagi kesalahan melaporkan cukai pendapatan yang berkurangan.
PKPS memberi fokus utama kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara serta mempunyai pendapatan yang dijana dari dalam Malaysia namun belum melaporkannya kepada LHDN. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked