LIMA KAKITANGAN HOSPITAL TERLIBAT RASUAH URUS JENAZAH DIREMAN

SHAH ALAM: Lima kakitangan sebuah hospital di Selangor direman lima hari selepas disyaki meminta serta menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek berumur antara 34 hingga 44 tahun itu ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Selangor.

Dilaporkan kegiatan meminta suapan ini dipercayai dilakukan sejak Ogos 2019 hingga Ogos 2021 melibatkan nilai suapan lebih RM20,000.—AlHijrah Online

Leave a Reply