LISA SURIHANI MASIH BERLAKON, PILIH NASKHAH PUNYA NILAI KEAGAMAAN
“Kalau ikutkan pada perjalanan kerjaya saya dari awal lagi, saya sudah buat pelbagai (watak). Tetapi, kalau dari segi keagamaan (drama, filem) itu mungkin, in the past sekali dua macam itu (sahaja),” katanya.
KUALA LUMPUR: Sudah agak lama pelakon terkenal Datin Lisa Surihani tidak mewarnai pentas lakonan negara. Bahkan kemunculannya di persada seni ketika ini juga lebih menonjol sebagai model tudung muslimah ataupun pengacara program televisyen.
Tidak menafikan perjalanan karier seninya sebagai aktres agak perlahan khususnya selepas mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu kepada dua cahaya mata, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya.
Bukan bermaksud menolak rezeki tetapi setelah berkecimpung lebih daripada satu dekad dalam industri hiburan negara, membuatkan pelakon senior dan penuh pengalaman ini inginkan sesuatu kelainan dalam setiap watak yang dilakonkannya.
Sementelah apabila isteri kepada komposer dan pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim ini tampil berhijab kira-kira lima tahun lepas selepas pulang menunaikan umrah, Lisa, 39, kini nampaknya lebih tertarik kepada naskhah jalan cerita berunsurkan kerohanian serta memberi manfaat kepada orang lain.
“Kalau ikutkan pada perjalanan kerjaya saya dari awal lagi, saya sudah buat pelbagai (watak). Tetapi, kalau dari segi keagamaan (drama, filem) itu mungkin, in the past sekali dua macam itu (sahaja),” katanya.
“Jadi, kalau ada cerita sebegitu (nilai keagamaan), saya boleh (lakonkannya) dan harapnya juga, ia (drama atau filem yang) tertulis untuk saya, insya-Allah. Sebelum berhijrah pada 2019, saya memang agak berhati-hati memilih watak dan sentiasa menitiberatkan pendapat mereka yang dekat dengan saya,” tambah beliau.
Menemuinya selepas sidang media KRU baru-baru ini, Lisa yang sebelum ini popular menerusi watak Dian dalam filem Istanbul Aku Datang ini bagaimanapun menafikan bahawa keterbatasannya beraksi di pentas lakonan berpunca daripada suaminya yang menetapkan syarat-syarat tertentu.
Malah, pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan 26 ini berkata suaminya yang juga anggota kumpulan trio adik-beradik KRU, tidak pernah menetapkan sebarang syarat kepadanya dalam mengukuhkan lagi sayap di dunia seni.
“Sebaliknya, dia lebih memberi sokongan di atas keputusan yang (saya) buat. Alhamdulillah, dari awal perkahwinan lagi, ada persefahaman yang cukup baik antara saya dengan suami, bahkan tidak pernah pula ada situasi (dia tidak beri saya ambil apa-apa tawaran). Biasanya, dia akan okey sahaja.
“Suami memang tidak masuk campur dalam kerjaya seni saya (tidak kiralah lakonan, model atau pengacara). Dia cuma terlibat apabila saya tanya pendapat dia mengenai sebarang tawaran yang diterima,” katanya.
Menginginkan yang terbaik, Lisa, anak keempat daripada lima beradik ini berkata semestinya beliau menyimpan harapan tinggi pada tahun ini untuk melihat perjalanan karier seninya serta kehidupannya bersama-sama dengan keluarga tercinta sentiasa dipermudahkan.
Di samping menaruh impian untuk menyaksikan layar perniagaannya, Suri yang diusahakan bersama Nori Malaysia Sdn Bhd dengan memberi fokus kepada produk berasaskan penjagaan serta rawatan rambut khusus bagi mereka berhijab, dapat diperkukuhkan lagi.
“Saya sekarang di peringkat kehidupan yang saya rasakan mustahil akan berlaku sesuatu tanpa izin Allah. Harapnya Allah izinkan lagi, supaya jenama Suri dapat berkembang (dengan) baiknya, di mana yang bersesuaian dengan kemampuan saya.
“Harapnya, (tahun ini) saya dapat melunaskan tanggungjawab sebagai ibu dan menjaga amanah-amanah Allah ini dengan sebaiknya bersama dengan suami,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests