Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘OVERHEAT’ PUNCA LORI JADI ‘GHOST RIDER’ – POLIS

DALAM NEGARA

‘OVERHEAT’ PUNCA LORI JADI ‘GHOST RIDER’ – POLIS

Lori yang tular videonya bergerak sendiri dan terbakar di Kilometer 38 Lebuh Raya Putrajaya-Cyberjaya, pada petang Isnin lalu, dipercayai berpunca daripada ‘overheating’ di bahagian enjin.

PUTRAJAYA: Lori yang tular videonya bergerak sendiri dan terbakar di Kilometer 38 Lebuh Raya Putrajaya-Cyberjaya, pada petang Isnin lalu, dipercayai berpunca daripada ‘overheating’ di bahagian enjin.

Ketua Polis Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, kejadian dilaporkan berlaku apabila pemandu dalam perjalanan dari Dengkil menghala ke Puchong menaiki lori.

Katanya, pengadu perasan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan namun tidak sempat kerana api telah marak, ketika tiba di Kilometer 38.

“Pengadu terjun keluar dan lori berkenaan terus bergerak sendiri di atas jalan raya.

“Pengadu hanya mengalami luka ringan selepas terjun manakala lori yang dipandu hangus terbakar,” katanya seperti dilapor Harian Metro.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading