Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI AGAMA BERTEMU SHEIKH ABDUL RAHMAN SUDAIS

DALAM NEGARA

MENTERI AGAMA BERTEMU SHEIKH ABDUL RAHMAN SUDAIS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkesempatan untuk bertemu Imam Masjidil Haram Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, di Arab Saudi, semalam.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkesempatan untuk bertemu Imam Masjidil Haram Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, di Arab Saudi, semalam.

Mohd Naim dalam hantaran di Facebooknya berkongsi perasaan menyentuh hati apabila mendengar bacaan ayat al-Quran oleh Sheikh al-Sudais ketika mengimamkan solat di Masjidil Haram.

“Saya mengamati tausiyah yang disampaikan oleh Sheikh yang penuh bersulam hikmah.

“Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais telah menghadiahkan dan menyarungkan kepada saya mishlah yang sering dipakai oleh Syeikh setiap kali mengimamkan Solat Jumaat di Masjidil Haram. Ia menjadi kenangan amat indah buat saya,” katanya.

Mohd Na’im sedang berada dalam kerangka lawatan delegasi Malaysia ke Arab Saudi yang turut disertai Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading