Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GENCATAN SENJATA HAMAS-ISRAEL TERCAPAI

DUNIA

GENCATAN SENJATA HAMAS-ISRAEL TERCAPAI

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas dan Israel akhirnya sepakat melaksanakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, yang berkuat kuasa Ahad ini.

Rakyat Gaza di Khan Yunis ‘berpesta’ meraikan keputusan gencatan senjata bermula Ahad ini. Gambar: AFP

ISTANBUL: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas dan Israel akhirnya sepakat melaksanakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, yang berkuat kuasa Ahad ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Mohammed Abdulrahman yang menjadi pengantara kepada dua entiti itu.

Mohamed dalam sidang media di Doha memaklumkan, fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan termasuk pembebasan 33 tawanan Israel di Gaza sebagai pertukaran untuk jumlah tahanan Palestin yang tidak ditentukan.

Mohammed menyatakan bahawa Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat (AS) “akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan perjanjian itu,” dengan mekanisme sedia ada untuk memantau pelaksanaannya dan menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Menteri Qatar itu menyatakan harapannya bahawa “tiada operasi ketenteraan akan dijalankan sepanjang tempoh sebelum pelaksanaan perjanjian itu.”–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading