Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LORI TERBABAS, RIBUAN TELUR AYAM PECAH

DALAM NEGARA

LORI TERBABAS, RIBUAN TELUR AYAM PECAH

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi mengakibatkan ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.

REMBAU: Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara hari ini mengalami kesesakan lalu lintas selepas lori membawa muatan telur ayam terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 242.6 di sini pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi mengakibatkan ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Supt Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas lori berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Katanya, kesesakan lalu lintas bagi arah utara berpanjangan dalam tempoh kira-kira dua jam bagi tujuan pembersihan jalan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading