Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM SIASAT DAKWAAN IBU TERIMA WANG BAP TIDAK CUKUP

DALAM NEGARA

KPM SIASAT DAKWAAN IBU TERIMA WANG BAP TIDAK CUKUP

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat dakwaan berhubung pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang tidak mengikut kadar ditetapkan. 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat dakwaan berhubung pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang tidak mengikut kadar ditetapkan. 

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan hal ini susulan daripada video yang tular melalui aplikasi TikTok membabitkan seorang ibu kepada tiga anak yang belajar di sekolah sama, tetapi menerima jumlah bayaran BAP berbeza. 

“KPM akan menyiasat perkara itu dengan kerjasama pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan agar tindakan yang tegas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kebenaran seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memohon kerjasama semua murid, ibu bapa atau penjaga untuk membuat aduan secara rasmi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM atau menghubungi talian 03-8884 6456.

Kenyataan itu menyebut semua butiran pengadu akan dirahsiakan demi menjaga kebajikan pihak yang membuat aduan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading