Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PELAJAR MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA

DALAM NEGARA

DUA PELAJAR MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA

Dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh di sini maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Rusa, di sini semalam.

Sumber Gambar: Facebook

BALIK PULAU: Dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh di sini maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Rusa, di sini semalam.

Kemalangan kira-kira 10.10 malam itu menyebabkan penunggang motosikal, Nur Humaira Mohd Zaini, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Nur Fatimah Salamahullah,17, yang membonceng motosikal terbabit, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata berdasarkan siasatan awal, motosikal jenis Honda Wave dinaiki dua remaja itu cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bertembung dengan Proton Waja dari arah George Town ke Kuala Sungai Pinang.

“Kejadian menyebabkan dua remaja itu terpelanting dengan penunggangnya maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

“Pemandu Proton Waja iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun hanya cedera di pipi kanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading