Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LORI TRELER BAWA KONTENA TERTERA LOGO ‘ZIM’ DIARAH TINGGALKAN MALAYSIA

DALAM NEGARA

LORI TRELER BAWA KONTENA TERTERA LOGO ‘ZIM’ DIARAH TINGGALKAN MALAYSIA

Sebuah lori treler bernombor pendaftaran asing yang membawa kontena tertera logo ‘ZIM’ yang dipercayai dari Israel, telah ditahan dan diarah berpatah balik ke Thailand, semalam.

ALOR SETAR: Sebuah lori treler bernombor pendaftaran asing yang membawa kontena tertera logo ‘ZIM’ yang dipercayai dari Israel, telah ditahan dan diarah berpatah balik ke Thailand, semalam.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Kastam Kedah Suhaime Affindi Zainol Abidin berkata lori kontena itu, yang mengandungi dagangan peralatan komputer ingin memasuki Malaysia melalui pintu masuk di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Pada 6 Jun 2024 jam lebih kurang 12 tengah hari, sebuah lori treler bernombor pendaftaran asing dikesan membawa kontena yang mengandungi dagangan peralatan komputer, dengan melakukan pengikraran Borang K1 bagi tujuan pengimportan dagangan ke dalam negara Malaysia.

“Hasil penelitian anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, kontena yang digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ‘ZIM’ yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kenderaan tersebut ditahan untuk mendapat pengesahan dan arahan lanjut dan kemudian telah diarah berpatah balik ke Thailand dan telah meninggalkan Malaysia pada jam 1.30 tengah hari, hari yang sama.

Sementara itu, Suhaime Affindi berkata orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading