LZS KUTIP KESELURUHAN ZAKAT RM791 JUTA SETAKAT NOVEMBER
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumpul sebanyak RM791 juta kutipan zakat setakat November tahun ini membabitkan 328,000 pembayar individu dan syarikat korporat.
Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail (tengah) bergambar bersama wakil syarikat yang menunaikan zakat perniagaan pada Majlis LZS Terima Zakat Perniagaan RM19.6 juta di Wisma PKPS hari ini. — Bernama
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumpul sebanyak RM791 juta kutipan zakat setakat November tahun ini membabitkan 328,000 pembayar individu dan syarikat korporat.
Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata daripada jumlah itu, zakat perniagaan merupakan penyumbang utama dengan kutipan sebanyak RM116 juta, menghampiri jumlah RM167 juta yang disasarkan untuk tahun ini.
“Berdasarkan anggaran umum kami dan usaha yang telah dilaksanakan, kami sangat optimis untuk mencapai sasaran itu dan akan teruskan usaha untuk melebihi sasaran,” katanya kepada media selepas Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat 2023 yang disempurnakan Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail di sini hari ini.
Beliau berkata pembayar zakat perniagaan ini bermula dari sekecil-kecil penjaja tepi jalan, syarikat milikan persendirian, syarikat sendirian berhad, anak syarikat berkaitan kerajaan malah peniaga dalam talian.
Sabirin berkata pada tahun lepas, zakat perniagaan menyumbang sebanyak RM166 juta.
Terdahulu, LZS menerima penyerahan zakat perniagaan daripada 35 syarikat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM19,594,783.12.
Cyberview Sdn Bhd mendahului senarai syarikat menunaikan zakat perniagaan dengan jumlah RM3,194,730, diikuti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) (RM2,680,968) dan CIMB Islamic Bank Berhad (RM1,500,000).
Pada majlis sama, LZS turut menyampaikan agihan zakat meliputi bantuan derma siswa pengajian tinggi; sumbangan pengimarahan, peralatan, bina atau baik pulih masjid dan surau; serta sumbangan tabung kebajikan pesakit hospital dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM51.1 juta.
Enam syarikat menerima Plak Penghargaan IKTIRAF sebagai tanda penghargaan kepada Muzakki yang saban tahun menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan mereka melalui Zakat Selangor. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager