BANDUAN SYUKUR BEBAS AWAL, TEKAD JADI INSAN LEBIH BAIK
GEORGE TOWN: Seorang banduan bersyukur kerana diberikan peluang kedua untuk berubah selepas dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).
Seramai 11 banduan dibebaskan pada program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani, lima daripada mereka diserahkan kepada keluarga, lima majikan manakala seorang lagi dihantar ke rumah perantaraan di Seberang Perai Selatan (SPS) hari ini. – Bernama
GEORGE TOWN: Seorang banduan bersyukur kerana diberikan peluang kedua untuk berubah selepas dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).
Banduan berusia 25 tahun itu berkata kehidupan selama tujuh bulan disebalik tirai besi memberi kesan cukup mendalam buat dirinya apatah lagi dia kehilangan ibu tercinta yang meninggal dunia pada Ogos lepas akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Saya terkilan kerana tidak dapat mengiringi perjalanan akhir ibu dan hanya berkesempatan melihat melalui panggilan video dari dalam penjara.
“Saya pernah dipenjarakan pada 2016 atas kesalahan dadah dan ini kali kedua saya masuk ke sini (penjara)…Kali ini saya betul-betul insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama,” katanya ketika ditemui di pekarangan Penjara Reman Pulau Pinang di sini hari ini.
Dia antara 11 banduan di penjara berkenaan yang dibebaskan menerusi pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah program PBSL Ihsan MADANI dan dia dijemput adiknya sebelum pulang ke rumah keluarga mereka di Permatang Pauh.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata dia yang sepatutnya bebas pada 9 Jan depan mahu memulakan hidup baharu dan bakal bernikah dengan tunangnya berusia 31 tahun selepas Hari Raya.
Menurutnya, dia juga mahu berbakti kepada bapa yang kini terlantar akibat strok selain menyambung pekerjaan lamanya sebagai pekerja landskap di Batu Kawan.
“Saya berasa amat bertuah dapat bebas lebih awal dan bersyukur kerana keluarga serta tunang masih dapat terima saya walaupun telah melakukan banyak kesalahan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Penjara Pulau Pinang Awang Azizzan Hasbi berkata 11 banduan dibebaskan pada program hari ini, dengan lima daripada mereka diserahkan kepada keluarga, lima diserah kepada majikan manakala seorang lagi dihantar ke rumah perantaraan di Seberang Perai Selatan (SPS).
Beliau berkata dari Januari hingga Disember pula, sebanyak 149 banduan telah dibebaskan menerusi PBSL Ihsan MADANI dan jumlah majikan yang terlibat pula adalah sebanyak 14 syarikat.
Katanya, pembebasan awal diberikan itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh banduan terbabit untuk kembali semula kepada masyarakat di samping mengubah menjadi insan yang lebih baik. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager