Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MADRASAH LETAK REPLIKA CAPAL DISIASAT

DALAM NEGARA

MADRASAH LETAK REPLIKA CAPAL DISIASAT

IPOH: Sebuah madrasah di Perak disiasat susulan gambar tular memaparkan replika kayu berbentuk capal diletakkan pada hadapan mihrab atau sudut bahagian imam di dalam surau.

Memetik Harian Metro, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, beberapa kakitangan daripada Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNP) akan dihantar ke madrasah terbabit hari ini yang dipercayai terletak di Lenggong, untuk siasatan.

“Saya ingin pastikan sama ada lambang itu masih ada di sekolah (madrasah) berkenaan atau sebaliknya, selain mengenal pasti apa tujuan ia diletakkan di situ,” katanya kepada Harian Metro.

Sejak semalam tular gambar replika capal berkenaan di laman-laman media sosial.

Penularan gambar itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata orang awam menyeru pihak berwajib untuk mengambil tindakan yang perlu. — AlHijrah Online

KREDIT: HARIAN METRO


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading