MAHKAMAH SYARIAH, UNDANG-UNDANG ISLAM TIDAK AKAN TERKUBUR – KETUA HAKIM NEGARA
Kes dua wanita Islam yang mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini.
PUTRAJAYA: Kes dua wanita Islam yang mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel sembilan anggota Mahkamah Persekutuan hari ini, berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
“Sama ada Islam atau Mahkamah Syariah dipertahan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam kes ini,” kata beliau ketika membacakan penghakiman dalam kes itu.
Menerusi keputusan majoriti 8-1, Tengku Maimun berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.
Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.
Tengku Maimun berkata jika ada pihak mencabar undang-undang digubal oleh Badan Perundangan Negeri yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah atas alasan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian dan jika Mahkamah Sivil membenarkan cabaran itu, pihak yang mencabar dan Mahkamah Sivil tidak boleh dikatakan menentang Allah kerana undang-undang yang dicabar bukanlah sesuatu yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah sebaliknya oleh Badan Perundangan Negeri.
Beliau berkata jika isu pencabaran undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri atau badan perundangan negeri dilihat dari sudut ini maka tidak timbul soal Mahkamah Sivil tidak mempertahan kedudukan agama Islam atau tidak memperkasakan Mahkamah Syariah.
“Maka melihat kepada cabaran ini sahaja, Mahkamah Syariah atau undang-undang Islam di Malaysia tidak akan pada bila-bila masa berkubur dan diletakkan batu nisan seperti didakwa oleh peguam Yusfarizal Yusof kerana Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kuasa perundangan kepada semua kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah.
“Ditegaskan sekali lagi bahawa apa yang dicabar dalam petisyen ini bukanlah kedudukan undang-undang Syariah di Malaysia.
“Dakwaan pempetisyen adalah khusus terhadap tindakan Badan Perundangan Negeri Kelantan, yang mengikut hujahan pempetisyen telah melangkaui kuasa berkenaan jenis-jenis kesalahan yang boleh diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Tengku Maimum berkata terdapat tiga jenis hukuman di bawah undang-undang Islam iaitu hudud, qisas dan takzir.
Beliau berkata hudud adalah hukuman yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah manakala qisas ialah hukuman yang dikenakan hukuman balas seperti nyawa dibalas dengan nyawa dan melukakan dibalas dengan melukakan.
“Seperti hudud, qisas juga ditentukan oleh Allah. Perbezaan antara hudud dan qisas ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa. Diyat yang bermaksud pampasan atau ganti rugi adalah sebahagian daripada hukuman qisas.
“Takzir pula adalah hukuman yang tidak ditentukan oleh Allah tetapi kadar dan bentuk hukuman ditentukan oleh kerajaan/pemerintah dan akan dijatuhkan kepada penjenayah mengikut budi bicara hakim,” katanya.
Tengku Maimum berkata setakat hari ini, Mahkamah Syariah di Malaysia tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas tetapi hanya takzir, sama seperti Mahkamah Sivil.
Beliau berkata justeru, tidak ada bezanya Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil kerana kedua-dua sistem melaksanakan hukuman takzir.
Perbezaannya cuma hukuman takzir yang dilaksana oleh Mahkamah Syariah adalah bersumberkan atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat negeri dan diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri manakala hukuman takzir yang dilaksana oleh Mahkamah Sivil adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat Persekutuan dan diluluskan oleh Parlimen.
“Ingin juga dinyatakan bahawa hukuman takzir Mahkamah Syariah adalah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang setakat hari ini mengehadkan hukuman penjara kepada tempoh tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5, 000 dan sebat tidak melebihi enam kali,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked