KERAJAAN TIDAK TERLIBAT DALAM KEPUTUSAN KES ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH KELANTAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan tidak terlibat dalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersalaman dengan jemaah sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Alami dekat Ayer Keroh, hari ini. –fotoBERNAMA
MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan tidak terlibat dalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.
Beliau berkata ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ia juga tidak ada kena-mengena dengan (Mahkamah) Syariah… kuasa negeri. Katalah (pada persidangan) Dewan (Undangan) Negeri (DUN) bulan depan, Ketua Menteri buat beberapa undang-undang baharu yang bercanggah dengan kuasa Negeri dan kuasa Perlembagaan Persekutuan maka boleh dirujuk dan Mahkamah Persekutuan akan dapati sekiranya bercanggah, akan membatalkan (undang-undang yang dibuat pada sidang DUN),” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.
Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar berkata pembangkang bagaimanapun memainkan sentimen agama dalam usaha menonjolkan Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau menentang Islam sedangkan permohonan kedua-dua wanita difailkan ketika Perikatan Nasional menjadi kerajaan.
“… dia tahu (tentang kuasa Persekutuan dan Negeri) tapi dia gunakan sentimen supaya orang Islam merasakan kerajaan pimpinan Anwar ini memang menentang syariah padahal tidak ada kena-mengena dengan kita.
“Undang-Undang Negeri Kelantan, yang cabar orang Kelantan, dia cabar di Mahkamah Persekutuan bukan Kabinet, bukan Perdana Menteri dan nak tanya sama ada undang-undang itu ikut, sah dari segi proses atau tidak dan mahkamah memutuskan dari segi bidang kuasa dan proses, tidak betul.
“Apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu Perikatan Nasional, dia tak bantah (ketika permohonan cabaran undang-undang dikemukakan). Ini berlaku pada 2020 dan 2021 (tapi) sekarang dibantah, dijadikan bahan politik,” katanya.
Justeru, Perdana Menteri berkata kerajaan ketika ini menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengkaji perkara berkaitan undang-undang syariah di setiap negeri.
“Dulu tidak ada tindakan di peringkat jawatankuasa kebangsaan untuk mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kuasa tentang hukum syariah, sekarang sudah ada.
“Apa peranan dia? Untuk memutuskan peranan Mahkamah Syariah dalam negara ini. Jadi saudara-saudara, isunya apa? Isunya ialah bidang kuasa Negeri dan bidang kuasa Persekutuan. Isu yang dimainkan oleh pembangkang ialah kita menentang syariah,” katanya.
Anwar juga berkata kerajaan tidak campur tangan dalam isu pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini.
“Didakwa ini semua peranan PM dan Menteri Kabinet. Kabinet tidak pernah membincangkan, saya hanya melaporkan minggu lepas setelah keputusan dibuat,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked