KOTA KINABALU: Penganjuran majlis perkahwinan dan upacara potong jambul atau bercukur mencetuskan kluster baharu COVID-19 berkaitan jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan di Sabah, hari ini.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster baharu yang berlaku di Kampung Karanaan, Ranau itu dikesan selepas seorang penduduk yang juga kakitangan awam di daerah itu didapati positif COVID-19.
“Penularan virus yang menjangkiti 52 orang penduduk kampung setakat ini dipercayai berpunca daripada perkumpulan orang ramai dalam satu majlis perkahwinan dan dua upacara potong jambul yang turut dihadiri saudara mara dari luar daerah,” katanya dalam kenyataan media, petang ini.
Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Sabah ketika ini, aktiviti sosial masih dilarang.
Ia termasuk kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, meraikan pernikahan atau pertunangan, perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, hari kelahiran dan ‘reunion’.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, berkata kluster baharu itu adalah satu peringatan perlunya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.
Katanya, pematuhan SOP penting lebih-lebih lagi Sabah akan beralih ke Fasa 4 PPN mulai esok dengan pelbagai kelonggaran sekatan terhadap majlis sosial dan aktiviti ekonomi.
“Kesannya ialah risiko jangkitan virus di tempat awam dan acara sosial akan semakin tinggi. Rakyat tidak boleh lalai mematuhi semua SOP.
“Kelonggaran ini meletakkan tanggungjawab ‘frontliners’ di bahu rakyat sendiri untuk mengekang penularan virus COVID-19,” katanya.
Sementara itu, Sabah hari ini mencatat 405 kes baharu COVID-19, turun 164 kes berbanding 569 kes yang dilaporkan semalam, iaitu antara yang terendah sejak beberapa bulan lalu.
“Kecuali daerah Kota Kinabalu yang mencatat 52 kes baharu, jumlah kes harian di semua daerah di Sabah pada hari ini adalah di bawah angka 50.
“Sebanyak 11 daerah mencatat kes baharu kurang daripada 10 kes, manakala tiga daerah iaitu Kunak, Tongod dan Kalabakan tidak mencatat sebarang jangkitan baharu,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked