Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA-ARAB SAUDI BERBINCANG MENGENAI HAL EHWAL JEMAAH HAJI

DUNIA

MALAYSIA-ARAB SAUDI BERBINCANG MENGENAI HAL EHWAL JEMAAH HAJI

MAKKAH: Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Mohammed Saleh bin Taher Benten menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di sini pada Isnin.

Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa semasa pertemuan itu, mereka membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal jemaah Malaysia.

Kedua-dua pihak juga mengadakan mesyuarat rasmi bagi membincangkan pengurusan dan persiapan untuk melayan jemaah dari Malaysia semasa musim Haji 1441H/2020M.

Kedua-dua pihak menandatangani satu perjanjian bagi mengatur ketibaan jemaah dari Malaysia dan menguruskan perkhidmatan yang bakal disediakan untuk mereka sepanjang berada di Tanah Suci. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading