Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA MENGESAHKAN KOMITMEN PERANGI ISLAMOFOBIA

DALAM NEGARA

MALAYSIA MENGESAHKAN KOMITMEN PERANGI ISLAMOFOBIA

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menegaskan ketika sentimen kebencian dan keganasan terhadap Islam serta umat Islam sedunia yang kian meruncing, adalah penting bagi menggalakkan perpaduan dan memupuk keharmonian dan keamanan di kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan.

Kredit gambar: Perbadanan Putrajaya

PUTRAJAYA: Malaysia menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menegaskan ketika sentimen kebencian dan keganasan terhadap Islam serta umat Islam sedunia yang kian meruncing, adalah penting bagi menggalakkan perpaduan dan memupuk keharmonian dan keamanan di kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan.

“Di forum-forum pelbagai hala, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.

“Sehubungan itu, Malaysia terus menggesa supaya pelantikan Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Memerangi Islamofobia disegerakan,” menurut  kementerian yang dikeluarkan sempena Hari Antarabangsa Memerangi Islamophobia.

Malaysia juga telah melantik Penasihat Khas bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia sebagai tanda komitmen dan kesungguhan negara dalam menangani isu ini.

“Kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting dalam membentuk masyarakat dunia yang menghormati dan meraikan kepelbagaian, serta memastikan pemahaman dan keharmonian dapat dikekalkan.

“Malaysia kekal teguh dalam usahanya menangani Islamofobia dan akan terus menggalakkan budaya toleransi dan keamanan berlandaskan kepada hak asasi manusia serta menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian juga menjelaskan bahawa untuk menangani Islamofobia pada peringkat akar umbi memerlukan penglibatan di pelbagai peringkat, terutamanya di Perhimpunan Agung PBB, Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Dialog terbuka perlu sentiasa digalakkan bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsiran terhadap agama Islam dan umatnya,” menurut kementerian itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamophobia. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading