Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID DIBIAYAI RAKYAT MALAYSIA MUSNAH DIBEDIL ISRAEL

DALAM NEGARA

MASJID DIBIAYAI RAKYAT MALAYSIA MUSNAH DIBEDIL ISRAEL

KUALA LUMPUR: Sebuah masjid di Gaza, Palestin yang dibina pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) Muslim Care Malaysia Society melalui sumbangan rakyat Malaysia musnah dibedil dalam serangan terbaru Israel.

Menurut Muslim Care, Masjid Muhammad Al-Amin yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia itu musnah keseluruhannya kesan serangan Zionis.

“Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya pada 7 Oktober 2023 Masjid Muhammad Al-Amin musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan,” kata Muslim Care.

Setakat ini lebih 400 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 1,700 cedera susulan pengeboman Israel terbaru Israel di Palestin.

Pada Sabtu, Ketua Tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan operasi ketenteraan menentang Israel bagi menghentikan penindasan Zionis.

Berikutan itu, Israel melancarkan Operasi Pedang Besi ke atas Hamas di Semenanjung Gaza. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading