Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA KEKAL BERSOLIDARITI DENGAN PALESTIN – PM

DALAM NEGARA

MALAYSIA KEKAL BERSOLIDARITI DENGAN PALESTIN – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.

“Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban,” kata beliau menerusi ciapan di laman sosial X pada Ahad.

Ciapan itu turut disertakan dengan kenyataan Wisma Putra yang menyaksikan Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung peningkatan pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza.

Kenyataan itu turut menekankan keperluan menghentikan segala kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang berlaku.

Setakat ini, lebih 250 rakyat Palestin dilaporkan terkorban manakala lebih 1,700 cedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza semalam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading