Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI SARAN MASJID, SURAU SOLAT HAJAT DOA UNTUK PALESTIN

DALAM NEGARA

JAWI SARAN MASJID, SURAU SOLAT HAJAT DOA UNTUK PALESTIN

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran untuk melaksanakan solat Hajat selepas solat Isyak pada 9 Oktober 2023 (Isnin) serta bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Gambar fail – Bernama

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran untuk melaksanakan solat Hajat selepas solat Isyak pada 9 Oktober 2023 (Isnin) serta bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

JAWI dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jabatan itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman berterusan yang hanya mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan banyak nyawa.

“Susulan tragedi serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza Palestin, Jabatan ini menggesa agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Hajat serta bacaan Qunut Nazilah.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin,” katanya JAWI dalam kenyataan hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru seluruh umat Islam untuk menunaikan Solat Sunat Hajat dan membaca doa Qunut Nazilah serta bermunajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin.

Beliau menyeru Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk sama-sama menyahut saranan itu untuk mengadakan Solat Hajat di masjid dan surau di negeri masing-masing. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading