Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID LAMA TUMBATU, LOKASI SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI ZANZIBAR

DUNIA

MASJID LAMA TUMBATU, LOKASI SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI ZANZIBAR

TANZANIA: Baru-baru ini krew TV AlHijrah berkesempatan ke Pulau Tumbatu di Zanzibar, Tanzania bagi rakaman program Rehlah Ibrahim yang dibawakan oleh syarikat pengendali ibadah korban, EZ Qurban.

Di sana, pasukan produksi TV AlHijrah berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah yang menjadi lokasi Islam berkembang di Zanzibar antaranya monumen Masjid Lama Tumbatu.

Menurut penduduk tempatan, dakwah Islam di Pulau Tumbatu dipercayai bermula selepas pembinaan Masjid Lama Tumbatu oleh pedagang dari luar.

Difahamkan dengan pembinaan masjid itu ia menjadi lokasi tempat penduduk tempatan berkumpul seterusnya mengenali dan belajar mengenai Islam.

“Kisah pembinaan Masjid Lama Tumbatu oleh pedagang luar ini mirip apa yang dilakukan Rasulullah SAW apabila tiba di satu kawasan telah membina Masjid Quba sebelum baginda tiba di Madinah.

“Masjid Lama Tumbatu ini telah memainkan peranan menjadi tempat penduduk berkumpul dan mengenali dengan lebih dekat ajaran Islam,” kata Pengurus EZ Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus.

Pengurus EZ Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus mendengar penjelasan penduduk tempatan mengenai Masjid Lama Tumbatu.

Kedatangan Islam di Zanzibar dipercayai bermula pada abad ke 10 dan ketika ini 99 peratus penduduk di pulau itu beragama Islam.

Menurut sejarah, Islam dipercayai disebarkan di pulau itu oleh pedagang dari Arab, Ethiopia, Somalia, dan Parsi.

Saksikan kisah perkembangan Islam di Pulau Tumbatu di Zanzibar, Tanzania dalam program Rehlah Ibrahim yang akan disiarkan 8.30 malam ini di TV AlHijrah.

Rehlah Ibrahim merupakan sebuah program travelog yang membawa kisah dan teladan Nabi Ibrahim.

Orang ramai yang berminat untuk melakukan ibadat korban serendah RM350 sebahagian melalui EZ Qurban boleh layari http://www.ezqurban.org atau hubungi 1-800-885-885 untuk maklumat lanjut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading