Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID SRI MAULANA, PEKAN DIKENAKAN KOMPAUN RM10,000

DALAM NEGARA

MASJID SRI MAULANA, PEKAN DIKENAKAN KOMPAUN RM10,000

PEKAN: Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah mengesahkan notis kompaun RM10,000 dikenakan terhadap Masjid Sri Maulana, di sini, seperti yang tular di media sosial adalah benar.

Lapor Sinar Harian, Dr Bahari memberitahu notis kompaun dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan atas sebab kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya dimaklumkan masjid tersebut tidak mematuhi SOP kerana gagal menyediakan pengimbas kod bar MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan.

“Kompaun dikeluarkan agar masjid lain ambil iktibar dan bayaran boleh dibuat oleh pihak masjid dengan pengurangan sebanyak 50 peratus,” katanya.

Selasa lalu, tular di media sosial satu notis kompaun yang dikeluarkan PKD Pekan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, pada jam 11 pagi atas nama Pengerusi Jawatankuasa Masjid.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading