MASYARAKAT PERLU BANGKIT, BERI TEKANAN KEPADA ISRAEL
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza, khususnya mereka yang sedang berlindung di Rafah.
KUALA LUMPUR: Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza, khususnya mereka yang sedang berlindung di Rafah.
Penasihat Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) Nurul Izzah Anwar berkata Rafah antara kawasan terakhir yang belum dimusnahkan dan kini menjadi tempat perlindungan kepada lebih satu setengah juta warga Gaza.
Menurut beliau, Israel selama ini menggunakan taktik kotor dengan menjadikan Rafah dan semua warga Palestin di sana sebagai tebusan untuk memaksa Hamas bersetuju dengan syarat mereka dalam proses gencatan senjata.
“Setelah beberapa pusingan rundingan dan cadangan gencatan senjata, Hamas telah memberi gambaran menerima draf gencatan senjata yang dicadangkan oleh Qatar dan Mesir.
“Namun demikian pada pagi ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan gambaran sebenar perangai Israel yang telah menghantar kereta kebal mereka di Kompleks Imigresen Rafah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Nurul Izzah berkata tentera Israel telah menguasai Kompleks Imigresen Rafah yang menjadi pintu masuk dan keluar dari Gaza serta Mesir selain turut bertindak biadap dengan menurunkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Israel di kompleks itu.
Beliau berkata tindakan itu menyebabkan pergerakan sukarelawan dan barangan bantuan dihentikan melalui pintu Rafah.
Selain itu, Nurul Izzah berkata terdapat laporan media Ibrani yang menunjukkan kereta kebal tentera Israel sedang beroperasi di Koridor Philidelphi yang jelas menandakan rejim berkenaan telah mencabuli Perjanjian Philidelpi 2005 yang bersetuju kawasan itu menjadi kawasan bebas tentera.
“Apa yang merisaukan kita ialah Israel ingin meneruskan pembunuhan dan kemusnahan walaupun cadangan gencatan senjata telah diterima semata-mata untuk memenuhi kehendak jahat Netanyahu (Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu).
“Pencabulan berkali-kali dalam hak asasi manusia oleh rejim Israel di Gaza ini jelas menunjukkan keangkuhan mereka seolah-olah mereka kebal daripada segala perundangan antarabangsa,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests