ULAMA, PEMIMPIN ISLAM PERLU BEKERJASAMA UNTUK PERPADUAN UMMAH – MOHD NA’IM
Dalam menjadikan misi perpaduan ummah satu kejayaan, golongan berkenaan perlu memberikan teladan dengan menunjukkan perpaduan dalam kalangan mereka terlebih dahulu.
Sumber Gambar: Facebook Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR: Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Ketika berucap pada Majlis Ulama Asia 2024 di sini hari ini, beliau berkata dalam menjadikan misi perpaduan ummah satu kejayaan, golongan berkenaan perlu memberikan teladan dengan menunjukkan perpaduan dalam kalangan mereka terlebih dahulu.
“Justeru, penganjuran Majlis Ulama Asia 2024 ialah sebahagian daripada usaha untuk membawa perpaduan dalam kalangan ulama, pemimpin dan cendekiawan Islam, seterusnya menyatakannya kepada Muslim bahawa ia dapat disesuaikan dalam kehidupan masyarakat,” katanya.
Mohd Na’im berkata umat Islam perlu dimaklumkan bahawa usaha untuk merealisasikan perpaduan ini perlu menembusi tembok pelbagai aliran pemikiran dan ideologi dengan matlamat mencapai kebajikan ummah dan menolak ekstremis dan fahaman ekstrem.
Beliau berkata perbezaan seharusnya dijadikan sebagai kelebihan berbanding kelemahan, manakala sebarang persamaan harus digunakan sebagai sumber kekuatan.
“Ternyata, kegemilangan umat Islam dan jatuh bangun sesebuah komuniti, bangsa atau negara terletak pada perpaduan,” katanya.
Mohd Na’im berharap Majlis Ulama Asia 2024 yang menghimpunkan 200 ulama Islam dari seluruh Asia, dapat membuka skop kerjasama lebih luas, kesepakatan dan persefahaman lebih baik dalam kalangan ulama, pemimpin dan saintis Muslim pada masa depan.
Beliau berkata kesepakatan dalam kalangan ulama, pemimpin dan saintis Islam dalam menangani tindakan ekstrem dan menolak apa-apa bentuk ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam, akan membantu memupuk perpaduan dalam masyarakat.
“Majlis ini diharapkan dapat mencapai objektif yang digariskan, sekali gus menjadi asas kepada kehidupan harmoni, persefahaman, semangat kerjasama dan nilai wasatiyyah serta perpaduan yang lebih kukuh dalam kalangan komuniti Muslim.
“Ia akan menjadi asas perpaduan komuniti berbilang agama dan bangsa seiring dengan idea MADANI yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Acara itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan kehadiran Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.
Ia dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama MWL.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager