MASYARAKAT PERLU HORMATI FATWA LARANG UMAT ISLAM SERTAI RITUAL KEAGAMAAN BUKAN ISLAM
Masyarakat perlu menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) baru-baru ini berhubung larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam.
JOHOR BAHRU: Masyarakat perlu menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) baru-baru ini berhubung larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata fatwa itu dikeluarkan khusus buat orang Islam dan ketetapan itu perlulah dihormati.
“Ini garis panduan khusus buat orang Islam, kita di Johor dan Malaysia tidak bercanggah dengan semangat perpaduan dan bangsa Johor, kita hidup dalam masyarakat majmuk.
“Kita perlu saling menghormati…dan ini yang kita amalkan selama ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Akuagro Rukun Tetangga Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai fatwa tersebut yang dikeluarkan oleh MAINJ semalam yang melarang umat Islam mengikuti perarakan Thaipusam atau mengambil bahagian dalam sambutan Pongal yang mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ling berkata titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenaan perkara itu semalam juga sudah jelas untuk difahami semua bangsa Johor.
Semalam Sultan Ibrahim bertitah fatwa melarang umat Islam mengambil bahagian dalam ritual agama lain di negeri ini tidak bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama.
Titah baginda kepelbagaian kaum dan agama dianuti rakyat berbilang kaum seperti di bawah konsep Bangsa Johor akan sentiasa diiktraf dan dihormati di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid sebelum ini memaklumkan Sultan Ibrahim memperkenan fatwa berkenaan berkuat kuasa pada 2 Feb lepas.
Beliau berkata para ulama daripada empat mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki, Hambali, telah sepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests