Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT KETUJUH TRAGEDI KEPALA AIR DITEMUI

DALAM NEGARA

MAYAT KETUJUH TRAGEDI KEPALA AIR DITEMUI

KEMAMAN: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui seorang lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini.

Penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang telah ditemui adalah tujuh dengan tiga lagi masih hilang.

Difahamkan mayat ketujuh dipercayai remaja perempuan itu ditemui di belakang Masjid Kg Dadong jam 7.45 pagi tadi.

Menurut pihak polis mayat itu telah disahkan sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, berumur 18 tahun.

Setakat semalam polis memaklumkan enam mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih telah ditemukan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung hari ini bagi mengesan mangsa yang masih hilang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading