Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCARI MADU MAUT TERSANGKUT POKOK TUALANG

DALAM NEGARA

PENCARI MADU MAUT TERSANGKUT POKOK TUALANG

KOTA BHARU: Seorang pencari madu lebah ditemukan maut selepas dipercayai tersangkut di atas pokok tualang setinggi kira-kira 24 meter di Kampung Chabang Tungkak, Pasir Puteh, tengah hari semalam.

Foto ihsan JBPM Kelantan

KOTA BHARU: Seorang pencari madu lebah ditemukan maut selepas dipercayai tersangkut di atas pokok tualang setinggi kira-kira 24 meter di Kampung Chabang Tungkak, Pasir Puteh, tengah hari semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Machang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.09 tengah hari.

Beliau berkata sebaik tiba, lelaki berusia 62 tahun itu didapati tidak sedarkan diri di atas pokok berkenaan.

“Lelaki itu berjaya dibawa turun pada pukul 7.20 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Zainal berkata mayat diserahkan kepada pihak polis pada pukul 8.12 malam untuk siasatan lanjut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading