TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TERHADAP PARTI POLITIK SENTUH ISU 3R
GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu .
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain bercakap pada sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. – Bernama
GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu .
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata oleh itu, parti politik yang bertanding diingatkan supaya tidak memainkan isu sensitif sepanjang tempoh berkempen khususnya berkaitan 3R.
Beliau berkata ini bagi mengelakkan wujudnya kegusaran dan mencetuskan rasa tidak harmoni dalam kalangan rakyat sepanjang proses PRN itu nanti.
“Kita nampak apabila isu 3R dimainkan maka akan berlaku perpecahan dan mewujudkan keadaan tidak harmoni dalam kalangan masyarakat, lagipun saya percaya semua yang bertanding merupakan orang-orang lama (dalam politik).
“Jadi kita mahu PRN kali ini berlangsung dalam keadaan sangat aman dan tidak berlaku ketidakharmonian dalam perjalanan PRN, pengundi juga boleh keluar mengundi dan memilih calon mereka (dengan selamat),” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Razarudin berkata demikian selepas meninjau persiapan bagi menghadapi PRN oleh Kontinjen Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.
Beliau berkata parti politik yang bertanding juga diingatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada khususnya yang berkaitan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Akta Hasutan.
“Kita sendiri ada pegawai perakam dan pegawai zon yang memantau perjalanan kempen sepanjang PRN, mereka berperanan merekodkan serta memantau semua ceramah, jika ada yang didapati menyentuh isu 3R, siasatan akan terus dijalankan sama ada oleh Bukit Aman atau kontinjen negeri itu sendiri,” katanya.
Razarudin juga berkata seramai 40,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang proses PRN di enam negeri terbabit.
Beliau berkata Kontinjen Pulau Pinang juga akan menerima bantuan serta sokongan 663 anggota dan pegawai polis sepanjang PRN iaitu dari Bukit Aman selain anggota dari negeri yang tidak terlibat dengan pilihan raya itu.
“Saya juga berpuas hati dengan taklimat persediaan PRN yang diberikan di peringkat Kontinjen Pulau Pinang dan apa yang telah disyorkan, dicadang dan dimohon dari segi bantuan keanggotaan oleh Ketua Polis Pulau Pinang juga sangat ideal, tidak terlampau lebih atau ada kekurangan yang boleh menjejaskan perjalanan PRN,” katanya.
Razarudin berkata selain itu, beliau akan melakukan lawatan bagi melihat persiapan PRN di Kelantan dan Terenganu selepas berbuat demikian di Kedah, Selangor serta Negeri Sembilan dan mendapati semuanya berjalan lancar.
Beliau berkata pihaknya menasihati parti politik yang bertanding agar memohon permit ceramah lebih awal bagi memudahkan urusan kelulusan.
”Polis memang melayan setiap permohonan untuk mendapatkan permit dalam tempoh 24 jam namun kita mohon parti politik melakukannya lebih awal untuk mengelak berlakunya pertembungan dengan parti lain di satu-satu kawasan ketika mereka berceramah,” katanya.
PRN dijangka diadakan serentak di keenam-enam negeri selepas Dewan Undangan Negeri masing-masing dibubarkan bulan lepas. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager