Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT TENTERA LEMAS KETIKA LATIHAN DITEMUI

DALAM NEGARA

MAYAT TENTERA LEMAS KETIKA LATIHAN DITEMUI

BERA: Mayat anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) daripada 10 Briged Para (10 Bgd Para) yang dipercayai lemas dan hilang di Sungai Pahang semasa menjalani latihan Eksesais Para Predator, ditemui pada 7.55 pagi tadi.

Mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27 tahun, dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian, timbul di tebing Kampung Serengkam, daerah Maran, kira-kira 40 kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa dijumpai oleh bot orang awam yang terlibat dalam operasi mencari mangsa yang masuk hari keempat.

Hari ini, seramai 141 anggota Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), nelayan dan unit amal terlibat operasi mencari dan menyelamat mangsa.
 
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

Sementara itu, TDM berharap orang ramai diminta beri kerjasama untuk tidak menyebarkan gambar penemuan jasad mangsa bagi menjaga perasaan waris dan keluarga anggota tentera tersebut

TDM turut menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarga mangsa.

Sebelum ini, mangsa yang juga merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) dilapor hilang ketika sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor pada Ahad, 29 Ogos lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading