Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MBSA TUTUP SEMENTARA JALAN HADAPAN UNISEL

DALAM NEGARA

MBSA TUTUP SEMENTARA JALAN HADAPAN UNISEL

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sementara sebahagian Jalan Persiaran Tun Arshad Ayub di hadapan Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam.

Video tular kenderaan melambung ketika melanggar bonggol atau lintasan pejalan kaki di hadapan UNISEL Shah Alam.

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sementara sebahagian Jalan Persiaran Tun Arshad Ayub di hadapan Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam.

Penutupan itu untuk kerja-kerja penambahbaikan lintasan pejalan kaki yang dalam proses dinaiktaraf.

“Pada masa ini, laluan trafik dilencongkan ke Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7 terus ke Persiaran Kayangan.

“Jalan yang di tutup akan di buka semula setelah kerja-kerja penambahbaikan siap dilaksanakan,” kata MBSA dalam satu hantaran Facebook.

Sebelum ini tular video beberapa kereta melambung ketika melanggar bonggol atau lintasan pejalan kaki di kawasan itu.

Kejadian itu menyebabkan orang ramai mahu tindakan segera diambil pihak berwajib untuk menyemak semula spesifikasi lintasan pejalan kaki tersebut supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading