Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PAK IBRAHIM YANG HILANG DI MAKKAH AKAN PULANG KE MALAYSIA RABU INI

DALAM NEGARA

PAK IBRAHIM YANG HILANG DI MAKKAH AKAN PULANG KE MALAYSIA RABU INI

Jemaah umrah warga Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang di Makkah, Ibrahim Omar atau Pak Ibrahim, 67, akan dihantar pulang ke Malaysia pada 14 Disember (Rabu).

KUALA LUMPUR: Jemaah umrah warga Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang di Makkah, Ibrahim Omar atau Pak Ibrahim, 67, akan dihantar pulang ke Malaysia pada 14 Disember (Rabu).

Kehilangan Pak Ibrahim hampir 10 hari itu sebelum ini ditemui oleh seorang mutawif Syed Nabil Athrash Syed Ahmad, di kawasan Misfalah, Makkah.

Katanya, berita kehilangan Pak Ibrahim telah diketahui ramai warga Malaysia di sini yang dikongsi menerusi media sosial.

“Masing-masing sudah tahu, sudah saling berpesan, manalah tahu jika yang ternampak atau terserempak dengannya.

“Tetapi sekarang ini ‘peak season’, tidak jangka juga dalam ramai-ramai, saya akan bertemu dengannya,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Syed Nabil berkata, pertemuannya dengan Pak Ibrahim berlaku secara kebetulan semasa dia sedang menguruskan jemaah menaiki bas di lokasi berdekatan Misfalah, Makkah.

Ujarnya, Pak Ibrahim dalam keadaan baik semasa ditemui dan sepanjang kehilangannya dia dibantu dari segi makan dan minum walaupun terpaksa tidur di tepi lorong berlapikkan tilam dan selimut yang diberi orang awam.

“Dia tidak berada dalam keadaan lapar, cuma katanya dia menangis, sedih memikirkan keberadaannya, keluarga juga sudah pulang ke Malaysia.

“Kami beri dia makan dan minum, tetapi dia nampak tak kisah sangat tentang nak makan. Mungkin terlalu gembira kerana akhirnya dia ditemui dan dibantu,” katanya.

Difahamkan Pak Ibrahim telah bertolak ke Makkah pada 26 November lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air pada Jumaat lalu namun gagal dikesan selepas enam hari tiba di Tanah Suci.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading