Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA CEDERA JATUH PERMAINAN ‘FUN FAIR’

DALAM NEGARA

TIGA CEDERA JATUH PERMAINAN ‘FUN FAIR’

PUNCAK ALAM: Tiga pengunjung cedera selepas terjatuh dari salah satu permainan tapak pesta ria (fun fair) di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata mangsa melibatkan dua orang wanita dan seorang kanak-kanak dengan seorang daripada mangsa cedera parah.

“Ketiga-tiga mangsa terjatuh dari permainan ‘Sotong Ride’ ketika sedang bergerak.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tegas Ramli siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading