UMAT Islam sering dihina secara sensasi oleh musuh-musuh yang membenci agama Islam. Propaganda jijik seperti ini telah didapati mempengaruhi golongan esktrimis untuk bertindak tanpa perikemanusiaan.
Rentetan dari asakan negatif yang
bertubi-tubi, terdapat umat Islam yang lemah iman dan kurang ilmu berasa malu
dan serba salah menjadi seorang muslim. Malahan, ada umat Islam yang mempertikaikan
syariat Islam kerana pada fikirannya ia tidak selari dengan falsafah persamaan
hak asasi manusia ala sekular.
Pelik tetapi benar, mereka mahu digelar
Muslim tetapi menolak roh dan amalan Islam.
Juga terdapat golongan muslim yang turut
mensensasikan hujah dongeng dan berita negatif yang tidak benar mengenai Islam.
Mereka berasa sedih apabila Islam dipertahankan dan diperjuangkan. Sebaliknya,
mereka berasa puas apabila syariat Islam diperkecil-kecilkan.
Foto google
Persoalannya, kenapakah ada umat
Islam yang mengaku beragama Islam tetapi menolak syariatnya? Adakah mereka
jahil dalam mentafsir agama suci ini?
Satu hari hari saya pernah ditanya
oleh seorang pelajar Kristian ketika saya menjadi profesor di salah sebuah
universiti di Amerika Syarikat, “Apa pandangan doktor mengenai agama Kristian?”
Saya mempunyai dua pilihan jawapan,
sama ada menjelaskan apa yang saya fahami mengenai agama Kristian atau saya
mengundur diri dari menjawabnya.
“Kamu lebih mengenali agama kamu, dan
saya tidak berani untuk memberikan pandangan peribadi. Namun, saya akan
menjawabnya dari sudut yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Hadis”. Inilah respons
saya.
Alhamdulillah, sikap saya yang mengelak
dari memberikan pandangan peribadi telah membuka ruang kepada pelajar tersebut
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Al-Quran.
Pengalaman tersebut menunjukkan
bahawa perbincangan mengenai agama tidak perlu dicampuradukkan dengan emosi dan
andaian-andaian. Memadailah kebenaran disampaikan secara yang jujur dan suci
tanpa dihiasi ketulan emas untuk mengindahkannya.
Pelajar psikologi amat memahami yang
manusia sangat emosional apabila berbincang mengenai hal-hal kerohanian dan
kecenderungan peribadi. Kewajaran akan digunakan untuk mempertahankan pandangan
masing-masing demi menyeimbangkan emosi yang tidak stabil apabila ia diserang
dengan hujah-balas.
Ada pakar yang mengatakan sikap ini
berkaitan dengan ego. Tetapi ramai yang lebih cenderung menyimpulkan ia sebagai
sikap mempertahankan identiti atau imej diri.
Inilah keadaan sebenar manusia,
mereka sanggup merobek integriti diri demi mempertahankan pilihan dan kecenderungannya.
Adakah mereka jahil ketika bertindak sedemikian?
Begitulah juga halnya dengan perbincangan
mengenai isu-isu politik.
Dalam berpolitik, sering kedapatan
pseudo-fakta disensasikan agar kelihatan menarik. Maklumat yang sahih dinoda
agar orang yang menerimanya menjadi keliru. Retorik songsang cuba disucikan
dengan kiasan agama.
Tidak kurang juga politikus yang
mensasarkan character assassination sebagai
senjata utama untuk menewaskan lawan. Mereka dengan sengaja melupakan falsafah,
prinsip dan roh parti yang dianuti.
Cerita-cerita dongeng dan palsu diwajarkan
untuk dijadikan hujah serta sandaran. Mereka berbangga dengan pembohongan dan
fitnah.
Foto Google
Kesannya, rakyat yang jujur dalam
perjuangan turut sama dibodohkan. Mereka hanyut dengan kewajaran yang dilontarkan
tanpa usul periksa. Inilah akibatnya apabila sesebuah parti politik atau
pemimpin dijadikan pujaan.
Adakah ini yang ingin dicapai dengan menjadikan diri sebagai hamba kepada virus politik menghalalkan cara yang disarankan oleh Niccolo Macchiavelli?
Di manakah silapnya?
Dari sudut Congnitive Dissonance Psychology kepincangan pemikiran seperti di
atas dapat disandarkan kepada dua kesan psikologi.
The illusory truth effect merujuk kepada tindakan
seseorang yang akan mempercayai dan yakin mengenai sesuatu perkara kerana ia secara
berterusan didedahkan dengan sesuatu maklumat, persekitaran atau suasana secara
berulang-ulang. Ia mengambil tindakan bukan atas dasar ilmu dan kebenaran
tetapi kerana dipengaruhi oleh emosi.
Sementara the illusion of explanatory
depth adalah
keadaan di mana seseorang berasa ia mengetahui sesuatu perkara melebihi dari kefahaman
dan pengalamannya yang sebenar. Ia hanya membuat andaian-andaian yang terhasil
dari kewajaran yang menguasai emosinya.
Pakar sosiologi dan psikologi sering
memberi amaran. Pada kebiasaannya, kesan sesuatu tindakan dan pembudayaan dalam
sesebuah masyarakat akan mengambil masa satu generasi untuk disedari.
Apakah setelah nasi sudah menjadi
bubur baru sesuatu kepincangan hendak diperbetulkan?
Hakikatnya, generasi muda era ini
kebanyakannya berilmu dan mereka mahu memainkan peranan dalam mencorakkan hala tuju
negara. Pada masa yang sama mereka inginkan panduan, kepimpinan dan platform
untuk memperarus perdanakan perjuangan mereka.
Persoalannya, adakah nafsu membara anak muda yang berjiwa waja telah disuntik dengan roh perjuangan yang berakhlak, atau ketulusan hati mereka telah dimanipulasi dan eksploitasi?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN:
Hijrah Online tidak bertanggungjawab
terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan
peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala
risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager