SANA’A dahulunya adalah sebuah bandar metropolitan yang juga merupakan ibu negeri Yaman dengan penduduk mencecah 4 juta orang, jauh melebihi populasi Kuala Lumpur yang hanya sekitar 1.7 juta. Namun konflik peperangan telah membawa kehancuran terhadap kemakmuran bandar tersebut, di mana ramai rakyatnya telah melarikan diri dan hidup sebagai pelarian. Antara kem pelarian yang terdapat di sekitar bandar Sana’a ini adalah kem Darwan dan Azroqoin.
Walaupun bangunan di tengah bandar Sana’a ini hancur dibedil roket jet pejuang, namun kedai di bawahnya masih lagi beroperasi seperti biasa, jelas menunjukkan kecekalan rakyat Yaman yang dambakan kehidupan normal.
Kem Azroqoin ini ditempatkan di sebalik kawasan
pembuangan sampah. Lokasi ini dipilih kerana kawasan pembuangan tersebut
menjadi tempat mereka mencari bahan buangan yang masih boleh digunakan, dan di
kala mendesak, untuk mencari sesuap makanan.
Pada ketika ini, kem ini yang menempatkan 65
keluarga mendapat bantuan bekalan bahan makanan asas dan air bersih melalui
sumbangan orang ramai dan NGO. Salah seorang penghuni di kem tersebut, Samir
Salim memaklumkan, dia bersama tujuh orang ahli keluarga telah lari dari tempat
tinggal asalnya di Taiz akibat peperangan yang meletus di kawasan tersebut.
Ketika kunjungan kami pada jam 9:30 pagi, dia
memaklumkan bahawa keluarganya belum bersarapan kerana hanya makan sekali
sehari pada waktu tengah hari, itu pun hanya nasi berlaukkan kentang dan
tomato. Beliau penuh sebak menceritakan ketika mereka sekeluarga putus bekalan
makanan dan terpaksa mengikat perut dan mengemis.
Cik Fatin Nabila, seorang sukarelawan Al-Ain International Malaysia Association sedang menyantuni seorang kanak-kanak di kem pelarian Al-Azroqoin, Sana’a, Yaman.
Beliau turut berkongsi kesedihan kerana
saudara-maranya terpisah akibat perang yang tak berkesudahan dan beliau
berharap agar peperangan ini dapat segera dihentikan supaya anak-anaknya boleh
kembali ke sekolah dan mendapat pendidikan yang sempurna.
Kem Darwan pula terletak jauh sedikit ke kawasan
pedalaman. Untuk sampai ke sini, perlu melalui satu sekatan tentera yang sangat
ketat. Kem tersebut yang dibina hanya sekitar satu kilometer dari sebuah pasar
menjadi tempat tinggal buat kira-kira 400 keluarga pelarian.
Amin Sabit berumur 35 tahun, yang telah mendiami
kem tersebut sejak lebih empat tahun yang lalu memaklumkan, dia bersama isteri
dan 4 orang anak telah mengambil keputusan untuk lari ke situ setelah tempat
tinggal asalnya, Saadah telah rosak teruk akibat serangan bom oleh jet pejuang.
Keadaan bahagian dalam salah sebuah khemah pelarian di kem Darwan, Sana’a, Yaman.
Di dalam serangan tersebut dia telah kehilangan dua
orang abangnya. Pada masa kini dia telah menggunakan duit simpanannya untuk
menyewa sebuah rumah di Bandar Sana’a bagi menempatkan ibunya dan anak-anak
abangnya sedangkan dia sendiri duduk di khemah pelarian itu.
Biarpun mereka ini bergelar pelarian, kem mereka
yang terletak hampir dengan kawasan konflik menjadikan bantuan sukar untuk
sampai kepada mereka. Sempadan yang dibuka kepada orang awam yang terdekat
adalah melalui Salalah, Oman. Satu perjalanan yang jaraknya hampir 2000
kilometer. Diburukkan lagi dengan keadaan infrastruktur yang tidak sempurna,
perjalanan ini mengambil masa lebih 40 jam.
Perjalanan melalui laluan udara juga tidak banyak
membantu, lapangan terbang terdekat adalah di Sayun, sebuah bandar yang
terletak 900 kilometer dari Sana’a. Kehidupan mereka diancam kematian akibat
wabak penyakit cholera dan malnutrisi. Kematian akibat malnutrisi sahaja telah
meragut nyawa hampir 85,000 kanak-kanak Yaman dan sekiranya tidak dibantu,
bakal menjemput lagi 17 juta orang rakyat Yaman.
Tangki yang menjadi sumber bekalan air bersih untuk kira-kira 400 keluarga yang mendiami kem Darwan, Sana’a, Yaman.
Angka UNHCR menganggarkan pada masa kini terdapat dua
juta rakyat Yaman yang hidup sebagai pelarian sama ada di negara sendiri atau
negara jiran. Kehidupan pelarian yang serba daif ini adalah kesan langsung
daripada peperangan yang telah memecah belahkan negara Yaman itu sendiri.
Konflik ini akan menjadi satu sejarah hitam buat dunia peradaban moden sekiranya komuniti antarabangsa mengambil sikap berdiam diri tanpa menyalurkan sebarang bantuan kepada mereka.
*Abdullah Sadzik merupakan jurufoto dan aktivis NGO Al-Ain yang sedang memberikan khidmat kemanusiaan di Yaman.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.