Adakah akibat dari media sosial dan berita palsu yang menyebabkan Brenton Tarrant melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di dalam masjid di New Zealand baru-baru ini?
Peristiwa ini jelas menunjukkan pengaruh media yang bebas mencanang Islamofobia telah terbukti memberikan kesan buruk kepada emosi dan kewajaran tindakan seseorang.
Wajarkah lima puluh nyawa umat Islam gugur dalam
masa kurang daripada dua minit hasil dari laungan Islamofobia yang diuar-uarkan?
Inilah akibatnya apabila kebencian disusuli oleh dendam!
Secara umum, istilah dendam diertikan sebagai tindakan
yang boleh mendatangkan musibah kepada seseorang melalui tindak balas untuk
mencari kepuasan. Sementara kebencian merujuk kepada perasaan tidak suka kepada
sesuatu kerana perbezaan identiti atau berada dalam keadaan tertekan atau terancam.
Brenton Tarrant telah melepaskan kebenciannya terhadap umat Islam dengan membunuh 50 orang muslim di masjid.
Ramai pakar psikologi berpendapat bahawa
seseorang berdendam untuk mencari keadilan kerana ia terasa dianiayai. Melepaskan
dendam adalah salah satu cara untuk mempertahankan diri atau untuk mengawal sesuatu
perkara negatif dari diulangi.
Pandangan seperti ini logik, tetapi tidak
semua yang logik adalah benar dan beretika.
Tidak kurang juga sejumlah pakar yang
menyimpulkan bahawa orang yang berdendam berasa yakin tindakannya dapat memberi
kepuasan dan meredakan emotional pain.
Di sebalik manfaatnya, adakah ia wajar dilakukan?
Pakar tidak mempertikaikan bahawa orang yang memaafkan
dan tidak membalas dendam akan lebih tenang. Mereka juga didapati lebih mudah untuk
menerima kepelbagaian dan mempunyai emotional
intelligence yang tinggi.
Sebaliknya orang yang membalas dendam akan berasa tertekan, resah dan gelisah. Terutama sekali apabila orang yang didendaminya dirasakan tidak mendapat balasan yang setimpal.
Pakar psikologi dan sosiologi sependapat
bahawa keinginan seseorang untuk berdendam akan berkurangan selari dengan
kefahaman dan kesedarannya mengenai sesuatu kesulitan yang sedang dihadapi. Dari
sudut Cognitive Dissonance Psychology
pula, adalah jelas bahawa perasaan membenci atau berdendam bergantung kepada
tafsiran seseorang mengenai kesan sesuatu tindakan terhadap dirinya.
Dalam keghairahan mempolitikkan isu-isu yang
melanda masyarakat, ramai pemimpin yang terlanjur dan tidak sedar bahawa mereka
telah menanamkan perasaan kebencian dan mewajarkan sikap berdendam.
Semua pihak kelihatan bertindak wajar untuk
mempertahankan reputasi kumpulannya dari menjadi bahan cacian dan momokan.
Namun, jika diperhalusi, kitaran tindak balas yang dilontar antara kumpulan jelas
mempamerkan ciri-ciri kebencian dan dendam yang sangat berbisa.
Adakah tindakan sedemikian merupakan satu keperluan
dalam budaya berpolitik dog eats dog?
Atau, perbuatan ini sudah menjadi darah daging yang sukar untuk dibuang?
Ajaran Islam melarang daripada menanam kebencian dan dendam sesama manusia.
Kesannya, rakyat turut terkesan dengan
kekotoran tindakan benci-membenci dan berdendam. Minda mereka menjadi lali dan
tidak lagi sensitif ketika menerima hasutan. Pembudayaan negatif yang bermula
dari pemimpin pasti akan meninggalkan implikasi buruk kepada sosiobudaya
masyarakat.
Inikah rupa bentuk sikap generasi pelapis yang
akan menerajui negara pada masa hadapan?
Mengapa keinginan untuk berdendam begitu kuat
dan terdesak dalam platform politik? Adakah
kerana keegoan, kepincangan nilai-nilai moral, atau adab dan akhlak
sudah tidak relevan lagi dalam percaturan mencari pengaruh dan berpolitik!
Tindakan mengaut keuntungan melalui budaya
jijik dan kurang matang seperti ini perlu dibanteras. Jika tidak, tindakan ini akan
memberi kesan negatif kepada keharmonian hubungan rakyat di negara ini.
Tidak siapa boleh menafikan, fenomena
berdendam dan membenci bukan dari syariat Islam.
Islam meletakkan garis panduan yang jelas
apabila seseorang ingin bertindak balas dalam perkara-perkara berkaitan jenayah
berdasarkan hukum Qisas. Ia bukan satu bentuk kebencian atau dendam. Pelaksanaan,
ketentuan dan keputusan untuk bertindak dipandu oleh syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh syariat Islam. Hasil daripada hukum qisas, orang yang teraniaya akan
terbela sementara si pelaku akan terselamat di akhirat.
Sebaliknya, dalam soal membenci dan berdendam dengan lontaran
hujah saling memfitnah, mencela dan menghina adalah sama sekali tidak
dibenarkan dalam Islam. Tetapi inilah yang menjadi trend politik hari ini!
Ada pihak yang berasa rugi dan tertekan jika tidak mempromosikan
kebencian. Ada pihak yang berasa kurang sempurna jika tidak melepaskan dendam. Kesannya,
masyarakat yang rosak akhlak akan terus berkembang biak.
Adakah moraliti individu seperti ini yang perlu diteladani dan
dijadikan pemimpin?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests