Rakyat bingung dengan berita fitnah
yang sangat mengelirukan, ahli psikologi kagum dengan kelicikan si pemfitnah,
dan mukmin gerun dengan kesan serta akibat fitnah.
Mengapa fitnah semakin menjadi-jadi?
Adakah fitnah satu sikap yang diwarisi, atau kerana reaksi spontan seseorang
terhadap situasi yang mendesak? Atau, merupakan satu sebatian pembudayaan emosi
negatif dalam kehidupan harian?
Masyarakat digesa supaya tidak terpedaya dengan fitnah yang disebarkan. – Foto sumber internet
Dalam kesibukan menelusuri dunia yang
tiada sempadan dan berhadapan dengan asakan maklumat yang tiada batasan, kebanyakan
orang tidak mampu untuk menapis
kebenaran sesuatu maklumat. Ada yang keliru untuk membezakan antara kebenaran
dan pembohongan. Malahan ada yang terpikat dengan fitnah kerana perbuatan ini dilontarkan oleh ikon-ikon yang
disanjungi.
Anehnya, terdapat golongan yang
mendabik dada sebagai pejuang kehidupan berintegriti, tetapi pada masa yang
sama mereka tidak segan silu untuk menjadi jaguh dan agen kepada penyebaran
fitnah.
Kesan dari hujah mereka sangat berkesan
dan dahsyat. Ramai yang terpengaruh dan yakin secara membabi buta. Tidak kurang
yang tergamam, kerana pada fikiran mereka ikon ini tidak mungkin membuat fitnah.
Inilah keadaan yang sedang dan sering
berlaku dalam negara kita sekarang. Apa
sudah jadi dengan amalan dan adab yang sepatutnya menjadi panduan dalam
bertingkah laku?
Jahatnya niat dan tindakan si pemfitnah
sudah jelas. Tetapi, masih ada orang yang termakan fitnah kerana melodi fitnah
yang disampaikan amat memukau. Tidak kurang juga yang terpikat dengan fitnah kerana
pengaruh emosi terhadap kecenderungan kumpulan yang membuatkan mereka tertutup
fikiran.
Amat menyedihkan dan menggusarkan
dengan banyaknya berita fitnah yang bertaburan ibarat hamparan yang tiada
tepian. Masalah ini dirumitkan lagi apabila ada pihak-pihak tertentu yang
mengharmonikan pelbagai fitnah seperti alunan muzik orkestra.
Hasilnya, memfitnah bukan lagi
sesuatu yang memalukan. Sebaliknya si pemfitnah berasa bangga dengan maksiat
yang dilakukan.
Ada golongan yang tergila-gila untuk
meningkatkan populariti melalu fitnah. Ada yang mabuk kerana fitnahnya menjadi
tular dan tersebar luas tanpa henti. Dan, ada yang berpuas hati kerana fitnah
yang dimulakan berjaya menghasilkan kesengsaraan kepada golongan yang dibenci.
Jika umat Islam yang memfitnah,
mustahil mereka tidak sedar betapa besarnya dosa memfitnah. Namun, kerana
kepentingan dunia, mereka sanggup menggadai maruah diri dan menempah murka
Allah SWT.
Sudah hilang kewarasankah orang yang
menabur fitnah? Terdapat beberapa kes politik dalam negara ini di mana orang
yang memfitnah meminta dirinya dibela, dan orang yang difitnah diajak untuk
dicela?
Bermimpikah orang politik yang suka
memfitnah? Adakah mereka percaya dengan fitnah yang disebarkan akan menghasilkan
suasana harmoni dan aman damai dalam negara ini?
Rakyat keliru dengan sikap segolongan
pemimpin seperti ini. Ada yang suka memfitnah semata-mata untuk menegakkan
benang yang basah. Ada yang memfitnah untuk membalas dendam. Ada yang turut
memfitnah kerana ia sesuatu berita yang sangat popular. Dan, terlalu ramai
pemimpin yang sedar dan mengetahui sesuatu berita fitnah, tetapi mendiamkan
diri kerana mendapat laba dari
penyebaran fitnah tersebut. Apa yang boleh diharapkan dari pemimpin seperti
ini?
Dosa fitnah besar di sisi Islam. – Foto sumber internet
Sementara itu, rakyat pula sering
kagum dengan berita sensasi berbentuk fitnah kerana ia maklumat panas, unik dan
terkini. Mereka tidak peduli untuk menyelidiki sama ada sesuatu berita itu
fitnah atau tidak. Malahan ada di antara mereka yang ghairah untuk
menokok-tambah fitnah agar menjadi lebih
menarik dan sensasi. Dan, tidak kurang juga, ada golongan yang menggunakan
fitnah untuk memberikan pukulan maut kepada pesaingnya.
Di manakah letaknya adab ketimuran
apabila budaya fitnah telah menjadi darah daging? Mungkin pemfitnah berasa
dirinya istimewa apabila fitnah yang ditabur dan dibaja menjadi perbincangan
orang ramai.
Sebagai seorang Muslim, di manakah
letaknya iman, apabila memfitnah tidak langsung terasa berbuat dosa, malahan
memberikan kepuasan?
Apa pula tanggungjawab pemimpin
masyarakat untuk membanteras budaya fitnah yang semakin hari semakin kronik?
Satu persoalan yang mudah difahami tetapi sukar untuk dijawab.
Sering kedapatan pemimpin yang
bersikap ibarat “Harapkan pegar, pegar
makan padi.” Mereka melenting jika fitnah terkena batang hidung sendiri.
Tetapi mengiyakan atau berdiam diri jika musuh politiknya yang difitnah. Inikah
bentuk role model kepimpinan melalui
teladan yang boleh dibanggakan?
Dari timur hinggalah ke barat, dan
dari selatan hinggalah ke utara, kebangkitan Islam adalah fenomena gelombang baharu
ibarat tsunami yang tidak dapat dihalang. Begitu juga dengan perkembangan Islam
di Malaysia. Malangnya, dalam konteks berpolitik hari ini, umat Islam juga suka
memfitnah, menyebar fitnah, dan mengiyakan fitnah.
Adakah ini corak kehidupan politik umat Islam yang Malaysia perlukan, dan dibudayakan untuk menjadi contoh sebagai negara Islam yang progresif?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager