LIMA tahun sudah berlalu tetapi
misteri kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia MH370 masih belum
terjawab walaupun proses pencarian pesawat yang telah dilaksanakan setakat ini
dianggap paling meluas dalam sejarah penerbangan awam.
Tidak dinafikan usaha tersebut yang
dipelopori oleh Malaysia dan Australia di Lautan Hindi adalah manifestasi selagi
ada upaya, maka usaha tersebut diteruskan.
Kali terakhir usaha pencarian
tersebut dilaksanakan ialah pada Mei 2018 apabila syarikat ekplorasi dasar laut
Ocean Infinity melakukan pencarian dengan persefahaman bahawa bayaran hanya
akan dibuat oleh Malaysia jika pesawat tersebut ditemui.
MH370 bukan sahaja dipercayai telah melencong dari laluan asal tetapi lokasi pencarian di Lautan Hindi hanya bersandarkan data dari satelit komunikasi Inmarsat.
Seperti yang diketahui pencarian
tersebut gagal menemui sebarang bukti baharu dan kerajaan telah menamatkan
perjanjian dengan Ocean Infinity kerana tempoh masa pencarian yang dipersetujui
telah berlalu.
Tidak diketahui secara tepat jumlah
pembayaran yang dipersetujui antara Malaysia dan Ocean Infinity, tetapi dipercayai
berjumlah diantara US$70 hingga US$90 juta.
Ekoran dari kegagalan pencarian
oleh Ocean Infinity, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah
mengambil keputusan untuk mengeluarkan laporan penuh kerana sebelum ini hanya
laporan interim dikeluarkan setiap enam bulan.
Mengikut peruntukan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mengawal selia hal ehwal penerbangan awam, laporan penuh mengenai kemalangan pesawat tidak perlu dikeluarkan selagi bangkai pesawat belum ditemui atau misi pencarian masih berjalan.
Minggu lepas Ocean Infinity sekali
lagi mengemukakan cadangan untuk membuat pencarian baharu dengan menggunakan
dalil teknologi pencarian yang digunakan semasa pencarian kapal selam Tentera
Laut Argentina ARA San Juan yang tenggelam di Laut Atlantik pada November 2017
akan digunapakai untuk mencari MH370. Bangkai kapal selam tersebut ditemui pada
November 2018 iaitu selepas beberapa minggu pencarian dilakukan oleh Ocean
Infinity.
Dengan menggunakan kekuatan dalil
kejayaan Ocean Infinity menemui bangkai San Juan, maka syarikat tersebut sekali
lagi membuat tawaran kepada kerajaan dan tawaran tersebut disambut oleh Menteri
Pengangkutan sebagai sesuatu perkara yang perlu dibincangkan dengan lebih
spesifik dan terperinci.
Kerajaan amat berhati-hati dan
sensitif apa saja hal berkait MH370 kerana ia melibatkan perasaan keluarga mangsa
dan setiap keputusan yang dibuat perlu mengambil kira semua aspek termasuk
implikasi kewangan.
Terdapat tuduhan bahawa kerajaan
tidak begitu mengambil berat dan isu tanggungjawab ini timbul setiap kali pada
hari peringatan ulang tahun MH370 dan terkini 8 Mac lepas, tidak terkecuali.
Tetapi perlu diberi perhatian terma perjanjian di antara kerajaan dengan Ocean Infinity tidak melibatkan kerajaan lain seperti Australia atau China dan ini adalah manifestasi bagaimana Malaysia melakukan semampu yang terdaya.
Malah ketika kerja pencarian dan menyelamat dilakukan pada dua minggu pertama kejadian di Laut China Selatan, Kuala Lumpur telah berjaya mengembeling bantuan di perairan yang amat sensitif termasuk dua kuasa besar seteru iaitu Amerika Syarikat dan China.
Berbalik kepada cadangan terkini Ocean Infinity yang bersandarkan kejayaan mereka menemui bangkai kapal selam, terdapat perbezaan ketara di antara San Juan dan MH370. Lokasi pencarian San Juan dikatakan agak spesifik berpandukan laluan dan komunikasi terakhir kapal selam.
Berbeza pula dengan MH370 yang bukan sahaja dipercayai telah melencong dari laluan asal tetapi lokasi pencarian di Laut Hindi hanya bersandarkan data dari satelit komunikasi Inmarsat.
Data komunikasi dari satelit ini
boleh diunjurkan untuk menentukan lokasi MH370 tetapi unjuran ini tidak begitu
tepat. Sebab itu dihujahkan gagalnya usaha mencari MH370 bukan disebabkan
kekangan teknologi pencarian tetapi lebih menjurus kepada lokasi pencarian yang
terlalu luas dan tidak spesifik.
Walaupun tawaran Ocean Infinity
dianggap menarik dengan terma tiada bayaran jika tidak berjaya serta penggunaan
teknologi pencarian terkini, hakikatnya adalah tiada bukti baharu mengenai
lokasi MH370 disertakan bersama dengan tawaran.
Jika pencarian di Laut China
Selatan melibatkan lebih dari 26 negara, lokasi pencarian di Laut Hindi pula
melibatkan hanya tiga negara iaitu Malaysia, Australia dan China. Terdapat
persefahaman yang terjalin diantara ketiga-tiga negara ini bahawa pencarian
hanya akan diteruskan jika muncul bukti baharu mengenai MH370.
Sebab itu Australia dan China tidak terbabit dengan usaha pencarian oleh Ocean Infinity kerana asasnya tiada bukti baharu dikemukakan. Menjadi tanda tanya sama ada cadangan terkini dari Ocean Infinity akan diterima atau sebaliknya oleh Malaysia kerana seluruh dunia ternanti-nanti akan kesudahan misteri MH370.
*Dr Azmi Hassan adalah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked