MENYELUSURI IBADAH HAJI DARI SUDUT PANDANG PENDIDIKAN
Haji adalah ibadah yang menjadi rukun Islam. Rukun yang menjadi kewajipan ini disepakati oleh semua para ulama tanpa ada sebarang pertikaian dan berlakunya percanggahan pendapat bermula dari pensyariatan terakhir haji kepada baginda nabi Muhammad S.A.W. sehingga sekarang.
Haji adalah ibadah yang menjadi rukun Islam. Rukun yang menjadi kewajipan ini disepakati oleh semua para ulama tanpa ada sebarang pertikaian dan berlakunya percanggahan pendapat bermula dari pensyariatan terakhir haji kepada baginda nabi Muhammad S.A.W. sehingga sekarang. Hukum kewajipan haji diistinbat dari al-Quran, Sunnah dan ijma’ sekalian ulama tanpa dapat dinafikan lagi bahkan penafian kepada kefardhuan yang wajib menjadi salah satu asbab kepada kekufuran setelah beriman. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud, “dan sempurnakan ibadah haji dan umrah kerana Allah”.
Pelaksanaan ibadah haji melibatkan penglibatan semua aspek bermula dari aspek agama, pengurusan, ekonomi, pembangunan infrastruktur, perancangan bandar, psikologi, sosiologi, sains pemakanan, pengangkutan, komunikasi dan lain-lain aspek yang saling bergantung antara satu sama lain. Ini menjelaskan bahawa pensyariatan ini adalah satu program besar agama yang melibatkan aspek yang dinyatakan dan pelbagai pihak dan negara dalam dunia moden ini. Oleh yang demikian perbincangan bersifat intelektual berkaitan haji perlu disuburkan bukan hanya pada aspek hukum semata-mata tetapi perlu melebarkan horizonnya kepada secara melebar dan mendalam.
Ibadah Haji Menyuburkan Afektif Manusia
Pelaksanaan ibadah haji kalau dilihat pada sudut pandang pendidikan moden membuktikan keunikan dan penggabungan prinsip pendidikan model yang sangat menarik untuk dibincangkan. Ini bermakna pelaksanaan ibadah ini kalau dilihat dari sudut pandang pendidikan mengandung penerapan falsafah dan nilai serta menjadi program lengkap pembangunan manusia sebagai manusia. Dari aspek tiga domain utama dalam pendidikan moden, pelaksanaan haji membentuk cakupan lengkap dan komprehensif.
Dari aspek afektif yang sering dibincangkan berkaitan emosi dan perasaan atau disebut sebagai domain atifiyyah sebenarnya juga mencakupi nilai dan penghayatan kontruktif yang mengaitkan penerimaan sesuatu prinsip dan pegangan. Seorang yang diberikan peluang menunaikan haji di Mekah al-Mukarramah sering digelar dhuyufurrahman atau tetamu Allah atau tetamu yang dimuliakan Allah. Ia melibatkan penghayatan prinsip yang mendalam dan penerapan nilai mulia seorang manusia. Ada tiga sentap yang perlukan perhatian iaitu (a) siapakah yang menjemputnya, (b) kedudukan tetamu dan (c) jemputan itu untuk apa?
Jemputan Siapa?
Mungkin ada yang tersentap dan ramai pula yang tidak merasainya. Ini menjadi satu cabaran dan ujian besar kepada yang bergelar dhuyufurrahman dan bakal dhuyufurrahman. Sebagai individu yang dijemput kita perlu menghayati bahawa pemergian kita dan perjalanan kita menunaikan haji atas jemputan Allah semata-mata, bukan kerana berharta kerana ramai lagi yang berharta tidak dijemput, bukan kerana sihat kerana ramai lagi yang lebih sihat tidak dijemput, bukan kerana luang masa kerana ramai lagi yang lapang tetapi tidak dijemput dan bukan kerana sampai giliran kuota Tabung Haji kerana jelas ramai yang sampai giliran dan berada dalam senarai kuota tidak juga dapat hadir sebagai tetamu Allah. Secara jelas seorang yang kakinya pada saat ini memijak bumi Mekah dan bakal memijak bumi Mekah perlu menghayati bahawa Allah telah menjemputnya.
Jemputan itu berlaku dalam pelbagai cara dan kaedah sama ada dalam jangkaan atau di luar jangkauan kebijaksanaan manusia. Ada yang mendapat jemputan kerana menjadi mahram bagi kakaknya atau ibunya, ada yang menjadi mahram kepada isterinya, ada yang dijemput dalam kapasiti sebagai petugas haji, ada yang dijemput dengan jemputan atau peruntukan Raja Salman sebagai Penguasa Dua Tanah Haram (Khadimul Haramain) dan lain-lain yang barangkali kalau disenaraikan maka ianya semua menjuruskan kepada satu noktah utama iaitu ini adalah jemputan Allah. Cara bagaimana dan kenapa dijemput bukanlah menjadi fokus utama yang perlu disembangkan siang dan malam tetapi “siapa” yang menjemput perlu difikirkan secara realistik di bawah tema keimanan kepada Allah.
Kedudukan tetamu
Kalau gelaran tetamu diberikan, maka tetamu pastinya akan terikat dengan tuan rumah atau yang menjemputnya. Tetamu perlu menjaga akhlaknya sebagai tetamu agar kemuliaan sebagai tetamu tidak dikotori. Jemaah haji adalah tetamu Allah, maka wahai para jemaah haji terimalah status kita sebagai tetamu dan jagalah tutur kata kita, perbuatan dan akhlak kita sebagai tetamu Allah.
Andainya kita menjadi tetamu pembesar, raja atau pemerintah sesebuah negara maka sudah pasti kita akan memastikan semua tingkah laku dan protokol dapat kita ikuti dengan terbaik. Sesungguhnya bergelar tetamu Allah adalah kebanggaan kita dan ianya juga adalah kemuliaan kepada kita maka jagalah dan berakhlaklah kita dengan akhlak yang layak bagi tetamu Allah di bumi permulaan syariat akhir zaman.
Adakah kita rela dilihat sebagai tetamu kurang bijak yang tidak menyedari kemuliaan yang diberikan kepada kita atau kita mahu memperlihatkan diri kita sebagai tetamu sombong yang dimuliakan tuan rumah, tetapi tanpa merasa segan dan malu melakukan perkara yang tidak disukai atau dimurkai. Atau kita ingin menjadi tetamu lupa diri yang merasa mulia kerana hanya bergelar tetamu! Mulia kita bukan kerana bertamu tetapi mulianya kita kerana kemuliaan dan keagongan yang menjemput.
Sebagai penjelasan lanjut, kalau kita menjadi tetamu perompak, adakah ianya memberikan kemuliaan kepada kita? Mulianya kita sebagai tetamu Allah (dhuyufurrahman) bukan kerana kita mulia tetapi yang menjemput itu Allah yang Mulia. Mulianya kita kerana Allah yang Maha Mulia yang menjemput kita. Mulianya kita kerana jemputan Allah bukan kerana kita terhormat maka Allah menjemput kita! Renungilah dengan hati yang luhur dan tulus serta merefleksikan diri agar kita menghayati siapa kita dan apa yang kita ada.
Matlamat Jemputan Ilahi
Lingkaran akhir mengutarakan motif dan matlamat jemputan Ilahi kepada kita sebagai tetamu Allah. Adakah kita dijemput untuk menjadi penderhaka yang tiap masa dan ketika melanggar Allah yang menjemput atau kita mendabik dada bahawa kita adalah termulia, lupa pada kekerdilan dan status hamba yang telah kita miliki sejak alam roh lagi.
Jemputan ini bermatlamatkan kepada penghayatan jiwa seorang hamba yang penuh kelemahan dan kekerdilan yang datang untuk membuktikan pengabdian diri kepada Rabbul Jalil dalam masa yang sama merasai kehebatan dan pemurahnya Allah kepada kita. Jemputan ini untuk membolehkan kita merasai pilihan dan kasih sayang Allah kepada kita semua. Ya Allah sesungguhnya kami datang dan saudara kami akan datang nanti untuk memenuhi jemputan dan panggilanMu. Ya Allah, kami datang dengan kemudahan rezeki, kesihatan dan keperluan lain yang Kau berikan kepada kami untuk merasai bahawa tiada kekuatan dan tiada kasih sayang kecuali hanya kekuatan dan kasih sayang dariMu sahaja. Sesungguhnya segala pujian kami hanya untuk Mu Ya Allah, segala nikmat dan segala kekuasaan sebenar-benarnya adalah millikMu Ya Allah.
Penulis adalah Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia, yang kini sedang melaksanakan ibadah haji di bawah Program Jemputan Khaadimul Haramain Al-Syarefain tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests