Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MANFAATKAN SEPENUHNYA HARI ARAFAH

DALAM NEGARA

MANFAATKAN SEPENUHNYA HARI ARAFAH

Jemaah haji negara perlu memanfaatkan sepenuhnya Hari Arafah yang merupakan kemuncak haji, selaras sabda Nabi Muhammad SAW “Al-hajju Arafah” (haji itu wukuf di Arafah).

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

MAKKAH: Jemaah haji negara perlu memanfaatkan sepenuhnya Hari Arafah yang merupakan kemuncak haji, selaras sabda Nabi Muhammad SAW “Al-hajju Arafah” (haji itu wukuf di Arafah).

Ketua Pakar Rujuk musim haji 1444 Hijrah Dr Anisah Ab Ghani berkata Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana hari mustajabnya doa selain menjadi hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.

Anisah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) berkata jemaah haji sebaik-baiknya membuat senarai doa sebanyak mungkin supaya tidak tertinggal apa yang dihajati.

“Jemaah haji kena peka, ketika kita berada di Arafah ini macam mana kita nak berdoa kita kena ada senarai, sebab ini hari doa yang mustajab bagi orang yang mengerjakan haji dan orang yang kita mohon, orang yang minta kita doa di Arafah,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, bakal haji juga digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, solat sunat serta membaca al-Quran dan meninggalkan perkara sia-sia seperti berbual-bual dengan rakan atau menghisap rokok.

“Bila kita ada di Arafah ini, kita anggap sebagai Padang Mahsyar kecil, anggap kita ini seolah-olah berdepan Allah SWT … untuk menginsafi diri kita, seolah-olah nak persembahkan ibadat kita kepada Allah SWT,” katanya dan menambah mereka yang tidak mengerjakan haji pula disunatkan berpuasa pada Hari Arafah.

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah esok untuk menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading