Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MTHQA2023: DEWAN MERDEKA, WTCKL DIBANJIRI PENCINTA AL-QURAN

DALAM NEGARA

MTHQA2023: DEWAN MERDEKA, WTCKL DIBANJIRI PENCINTA AL-QURAN

Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini dipenuhi dengan orang ramai bagi menghadiri Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah & Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-63 2023M/1445H, hari ini.

KUALA LUMPUR: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini dipenuhi dengan orang ramai bagi menghadiri Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah & Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-63 2023M/1445H, hari ini.

Orang ramai mula memenuhi dewan ini kira-kira jam 8 malam, yang disertai bukan sahaja rakyat Malaysia, malah ada juga yang dari negara Indonesia, Brunei dan Singapura.

MTHQA kali ke-63 ini mula berlangsung pada 19 Ogos dan akan melabuhkan tirai hari ini, dengan mengumumkan pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan.

Tahun ini MTHQA akan melibatkan seramai 76 orang peserta keseluruhan dari 52 buah negara.

Sejumlah 36 orang darinya adalah peserta tilawah dengan 24 lelaki dan 12 perempuan, manakala peserta hafazan pula seramai 40 orang iaitu 27 lelaki dan 13 perempuan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading