Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU LORI CEDERA PARAH, TERSEPIT SELEPAS LANGGAR POKOK

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI CEDERA PARAH, TERSEPIT SELEPAS LANGGAR POKOK

Mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah.

HULU LANGAT: Seorang lelaki cedera parah selepas lori dipandunya terbabas hingga melanggar sebatang pokok, di Jalan Hulu Langat Batu 14, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan tersebut melibatkan mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 50-an.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.05 petang tadi sebelum mengerahkan anggota serta jentera ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan lori satu tan telah hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

“Mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa 30 minit.

Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dan telah diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading